Monday 9 May 2016

Masjid Berusia Hampir 200 tahun Di Kemaman


Masjid di kampung Tuan, chukai ,kemaman,TERENGGANU


Terdapat binaan Masjid yang hampir mencecah 200 Tahun tersegam indah dan rapi, ianya terselindung dari pembangunan yang pesat. Terletak di pinggir sungai Limbong , kampung tuan. Namun kini ianya dijadikan surau ,ekoran pertambahan kepadatan penduduk kerajaan telah membina Masjid-masjid yang lebih besar bagi menampung penduduk setempat.

surau lama yang dibina pada tahun 1830 itu dibina oleh seorang guru agama yang berasal dari Pattani, Thailand, Syed Abdul Rahman Abdul Samad, yang melarikan diri ke sini akibat perperangan di negaranya.

Beliau mula membina surau tersebut bagi memudahkan mengajar agama kepada penduduk kampung memandangkan kelasnya mendapat sambutan menggalakan. Selepas kematiannya, tempatnya di ambil alih oleh anaknya yang dikenali sebagai Tuan Wok dan ketika itu Abdullah Munshi dikatakan pernah ke surau tersebut untuk bersembahyang.

Bumbungnya yang mempunyai empat lapis dengan menggunakan atap genting yang dibawa dari negara itu memberi suasana yang amat tenang apabila pertama kali melihatnya. Selain itu, di atas bumbung pula diletakan replika buah butung yang diperbuat daripada tembaga.

Di fahamkan, replika buah butung itu dibina untuk diletakan pada Masjid Keresek di selatan Thai tetapi pembinaan masjid itu tergendala lalu ia dibawa dan diletakan di atas surau berkenaan. Yang menariknya , menurut cerita penduduk, pembinaan surau berukuran 9.14 meter x9.14meter ini diperbuat dengan hanya menggunakan sebatang kayu cengal yang besar dan ditemui di hutan berhampiran




struktur mihrabnya berbentuk bulat difahamkan ditebuk daripada sebatang kayu cengal juga sehingga seni dan ukirannya kelihatan dangat halus. Struktur tingkap yang hanya berukuran lebih kurang 60 sentimeter dan dibina tanpa pintu menyerlahkan lagi keaslian reka bentuknya.

Mungkin hanya memerlukan sedikit sahaja cahaya memasuki ruang solat itu bagi membolehkan ibadat dilakukan dengan kusyuk, jesteru tingkap dan pntu dibina agak terhad.



sebanyak 12tiangnya pula di smabungkan hanya menggunakan pasak dan tiada paku digunakan.

Difahamkan kerja-kerja koservasi oleh Jabatan Warisan Negara telah dilaksankan pada tahun 2006.

semoga ianya terus di pelihara, jika anda ada pengalaman atau cerita perihal Masjid lama ini silakan komen diruangan dibawah.


No comments:

Post a Comment